Your browser (Internet Explorer 6) is out of date. It has known security flaws and may not display all features of this and other websites. Learn how to update your browser.
X
Articles

Pentingkah Penurunan Berat Badan.?

Okay jujur, siapa pernah buat macam gambar kat atas tu lepas timbang berat badan?

Marah lepas tu maki-maki timbang yang tak bersalah tu sebab jarum/angka yang dipaparkan statik atau mungkin naik berbanding kali terakhir korang menimbang? Tinggalkan komen korang kat bawah tu.. :-?

Berbalik pada tajuk entri ni … ya, sememangnya penurunan berat badan adalah penting apabila kita berdiet.!

Aku sendiri akui bahawa keinginan untuk mengurangkan berat badan adalah salah satu faktor mengapa aku memilih untuk melakukan Diet Atkins ini.

Tapi persoalannya, perlukah kita menurunkan berat badan dengan banyak dalam tempoh masa yang terlampau singkat.? Contoh; 2-3kg sehari.!

Aku lihat ramai sahabat² yang mengamalkan diet ini mengharap tinggi agar berat mereka turun dengan cepat. Kalau boleh hari ni berdiet , esok dah kurus dah.! Hellooo kita nak jadi gemuk pun makan masa bertahun-tahun okay..~ ! [-X

Lagipun tahukah korang, bila penurunan terlampau drastik boleh mengakibatkan beberapa kesan negatif pada diri kita.! Antaranya;

  • Kulit berkedut dan menggeleber
  • Berat badan naik mendadak jika menghentikan program diet dan senaman
  • Muka pucat
  • Keletihan
  • Selalu sakit
  • Pening kepala
  • Mudah pitam

Aku sendiri telah alami kesannya ketika di awal fasa Induction apabila berjaya mengurangkan berat badan 22kg dalam tempoh masa 2 minggu sahaja.!
Rujuk entri ini » http://nightestalkerz.com/akunakkurus/2-minggu-turun-22kg-dengan-diet-atkins.html

Memang seronok bila tengok angka berat tu turun dari berat asal tapi azabnya bila kena menanggung kesan-kesan negatif tersebut. Bayangkan bila melakukan sesuatu kerja badan jadi lemah dan mudah pening kepala.

Muka kelihatan pucat,  tidak bermaya malah mudah keletihan walaupun melakukan kerja ringan. Ini serba sedikit akan menyebabkan aktiviti-aktiviti harian yang dilakukan terjejas.

Sebab itu sekarang aku memilih untuk melakukan diet ini dengan kadar penurunan berat yang lebih sihat dan teratur. Orang kata, “Biar Lambat Asalkan Selamat”.! :D

Bagi mereka yang berada dalam kategori obesiti atau gemuk, penurunan berat badan yang sihat dan baik adalah sekitar 2-5kg seminggu apabila mengamalkan Diet Atkins ini.

Tahukah korang bahawa ada beberapa sebab yang mempengaruhi turun atau naiknya berat badan kita.?

1. Kandungan air dalam badan
Air memiliki berat sebab tu bila badan kekurangan air berat badan akan menurun.

2. Kuantiti makanan yang diambil
Kita makan setiap hari dan jumlah makanan yang diambil turut mempengaruhi berat badan.

3. Otot badan
Otot-otot di tubuh badan kita juga mempunyai berat. Tak percaya.? Cuba timbang sebelum dan selepas mandi/bersukan , pasti akan terdapat perbezaan pada angka berat.! Kerana otot badan kita akan mengecut dan mengembang bergantung pada keadaan persekitaran.

Jadi aku harap selepas ini sahabat-sahabat semua faham dan tidak terlampau obses dalam menurunkan berat badan.

Ingat laa tujuan kita berdiet bukan hanya sekadar nak kurus dan turun berat badan semata-mata tetapi adalah untuk mendapatkan serta menjalani hidup yang lebih sihat & cergas sehingga ke akhir hayat. b-)


Comments via Facebook